Saya teringat pengalaman membesarkan anak penghidap asma. Hati ibu mana yang tidak gundah gulana melihat dada sang puteri kecil berombak, nafas berdenyit dan adakalanya wajah seakan kebiruan. Hampir setiap bulan dimasukkan ke hospital. Cerita tentang nebulizer, sudah tidak terhitung dengan 10 jari. Puas berusaha dengan rawatan di hospital, rawatan lain turut diusahakan – memasang ionizer, makan belut dan urutan.
Mengikut kajian perubatan di dapati bahawa 14% dari kanak-kanak yg berumur antara 7-14 tahun menghidap penyakit asma. Kanak-kanak yang berisiko diserang asma perlukan persekitaran dan udara yang bersih. Apabila asma menyerang kanak-kanak, fungsi pernafasannya akan menurun kira-kira 93.8% dari aras normal. Sungguh mencemaskan! Akibat serangan asma ini, kanak-kanak akan menghadapi kesulitan untuk bernafas, payah tidur, batuk bergelema, nafas berbunyi, mencungap-cungap, kahak sukar keluar dan lain-lain.
Seorang sahabat mencadangkan agar kami berikhtiar dengan minyak habbatussauda. Beliau menerangkan dengan penuh yakin kebaikan minyak habbatussauda dan turut berkongsi hadis tentang habbatussauda.
Kebaikan minyak habbatussauda untuk penderita asma
Tidak menerimanya secara total, melalui pembacaan, saya menemui banyak kajian saintifik tentang kebaikan minyak habbatussauda untuk pesakit asma termasuk untuk kanak-kanak. Melalui kajian klinikal yang dilakukan sejak tahun 1993 hingga 2021 menunjukkan keputusan positif berkaitan kesan pengamalan minyak habbatussauda terhadap pesakit asma.
Percaya atau tidak bahawa pengamalan minyak habbatussauda merupakan antara makanan yang sangat berkhasiat untuk pengguna dengan masalah asma ini.
Kandungan khasiat unik yang terdapat di dalam minyak habbatussauda seperti kandungan zat Thymoquinone (TQ) berfungsi sebagai anti-keradangan.
Antara kaedah amalan minyak habbatussauda yang dicadangkan adalah berpandukan kajian klinikal iaitu 10 titis (0.5ml) minyak habbatussauda, diambil 2 kali sehari selama 4 minggu (Koshak et al., 2017).
Alhamdulillah manfaat positif yang direkodkan termasuklah minyak habbatussauda terbukti membantu mengurangkan keradangan di saluran pernafasan dan paru-paru. Minyak habbatussauda juga berperanan dalam membantu meluaskan saluran pernafasan sekaligus memudahkan individu asma untuk bernafas (Gholamnezhad Z et al., 2019).
Cara pengamalan
Dengan pengamalan yang berterusan dan istiqamah dengan minyak habbatussauda, puteri saya kini sangat jarang diserang asma. Alhamdulillah. Jom sama-sama kita amalkan gaya hidup aafiyat dan beramal dengan minyak habbatussauda!
Cara pengamalan minyak habbatussauda Olive House untuk kanak-kanak 3 tahun ke bawah – campurkan 1 titis ke dalam air minuman atau susu bayi dan sapukan pada luaran. Sekali sehari. Untuk kanak-kanak 3 tahun ke atas, minyak habbatussauda boleh diamal 2-3 titis sehari.
Rujukan:
1. Gholamnezhad Z, Shakeri F, Saadat S, Ghorani V, Boskabady MH. Clinical and experimental effects of Nigella sativa and its constituents on respiratory and allergic disorders. Avicenna J Phytomed, 2019; 9(3): 195-212.
2. Koshak A, Wei L, Koshak E, Wali S, Alamoudi O, Demerdash A, Qutub M, Pushparaj PN, Heinrich M. 2017. Nigella sativa supplementation improves asthma control and biomarkers: A randomized, double‐blind, placebo‐controlled trial. Phytother Res, 31:403-409.
> Boleh buat pembelian terus di website kami atau hubungi www.wasap.my/60137480960/bso untuk maklumat lanjut
> Boleh juga ke Shopee! https://shopee.com.my/kioskohbt