Minyak zaitun adalah lemak yang diperoleh hasil perahan buah zaitun (olea europaea) yang banyak terdapat di rantau Mediterranean seperti Sepanyol, Turki, Itali, Tunisia And Morocco. Disebabkan minyak zaitun mengandungi khasiat yang tinggi, minyak zaitun telah digunakan secara meluas dalam bidang kesihatan, kecantikan, perubatan termasuk dalam bidang kulinari.
Menurut Pakar Pemakanan, Hospital Columbia Asia, Iskandar Puteri Johor, Yap Pau Lin menyatakan bahawa minyak zaitun mengandungi lemak mono tidak tepu (MUFA) yang menyihatkan. Di samping itu, minyak zaitun juga adalah lemak tepu dan juga lemak poli tidak tepu (PUFA) termasuk omega 3 dan omega 6.
Kandungan lemak sihat yang tinggi dalam minyak zaitun perlulah diamalkan setiap hari iaitu setiap pagi semasa perut kosong dan malam sebelum tidur. Pengambilan minyak zaitun sebagai diet harian telah diamalkan lama lagi oleh orang Mediterranean. Elemen diet Mediterranean ini baik kerana minyak zaitun kaya dengan asid lemak mono tak tepu yang bermanfaat untuk memperbaiki profil lipid dan mengurangkan morbiditi kardiovaskular.
Disebabkan kandungan minyak zaitun yang tinggi kaya dengan pelbagai vitamin, lemak mono tak tepu (MUFA) dan lemak poli tidak tepu (PUFA), minyak zaitun sarat dengan pelbagai manfaat untuk kesihatan tubuh.
Antara manfaat minyak zaitun dalam kehidupan harian kita ialah:
Melindungi Sistem Kardiovaskular
Dalam minyak zaitun amat tinggi kandungan hydroxytyrosol yang merupakan antioksida yang mampu melindungi sistem kardiovaskular. Disebabkan tinggi antioksida, minyak zaitun mampu menghalang pengoksidasi dalam tubuh yang boleh menurunkan kadar kolesterol dalam saluran darah. Jika pengoksidaan tersebut dihalang, saluran darah atau arteri pasti akan tersumbat dan oksigen tidak dapat dibawa ke jantung,seterusnya boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular atau serangan jantung.
Kandungan antioksida yang tinggi mampu bertindak dengan berkesan untuk mengurangkan rasa sakit pada tubuh seseorang selain menghalang pengaktifan gen dalam DNA yang menyebabkan keradangan.
Membantu Mencegah Strok
Minyak zaitun adalah makanan utama dalam Diet Mediterranean, selain daripada pengambilan banyak sayur-sayuran dan protein dari laut. Ini telah dibuktikan dalam kajian pada tahun 204 yang diterbitkan dalam British Journal of Nutrition pengamalan Diet mediterranean boleh merendahkan risiko serangan strok dan serangan jantung. Dalam kajian itu juga, pengambilan 25 gm (dua atau tiga sudu besar) minyak zaitun sangat membantu merendahkan tekanan darah, mengurangkan tahap kolesterol dan mengawal gula dengan lebih baik.
Kesan pengambilan minyak zaitun juga memberikan kesan secara langsung atau tidak langsung bergantung kepada tahap imuniti badan seseorang. Justeru pengambilan minyak zaitun adalah salah satu alternatif untuk mengelakkan serangan angin ahmar atau strok berlaku sekelip mata. Hal ini kerana, proses mendapat serangan strok bermula antara 10 hingga 15 tahun sebelum terjadinya strok.
Sebagai contoh, jika seseorang mengalami strok pada umur 60 tahun, proses untuk mendapat serangan strok bermula ketika berumur 50 hingga 55 tahun, apabila pesakit tidak mengawal penyakit metabolik kronik mereka dengan baik.
Bagi yang tidak mengetahui penyakit metabolik yang kronik itu apa? Ia adalah penyakit diabetes, hipertensi dan tahap kolesterol. Penyakit ini harus dikawal dengan baik. Jika tidak dalam masa 10 hingga 5 tahun, pesakit tersebut boleh mendapat serangan strok.
Jadikan minyak zaitun sebagai amalan harian dan rutin setiap hari. Ini membantu melindungi jantung dan meningkatkan sistem kardiovaskular seseorang. Dengan pengamalan minyak zaitun secara konsisten dapat memberikan kesan dalam jangka masa panjang. Pastikan beli minyak zaitun yang asli dan organik. Beli Yang Ori, Makan Yang Kualiti.